PMR :D

celebrate kejap petang tu dengan kawan!
Assalamualaikum muslims! topik yang sedang suam suam suku diperkatakan sekarang ni ialah RESULTS PMR. duk dak duk dak jantung kami 3 hari sebelum dapat results. haaa beng main mu! memang takut lahh kann. berita gempar pulak ni kata graf naik. AHHHH GRAF NAIK?! INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL BAGIKU~ semua dah marah marah ni, ececeh. seminggu selepas tu, keluar pulak berita graf turun sampai 50%. HAAAA GRAF TURUN?! INI SANGAT ADIL SANGAT ADIL BAGIKU~ semua happy happy ni. orang twit pasal graf turun mesti 98% calon PMR akan Retweet twit tu sebab happy lah katakan. 

Sehari sebelum keluar result --- makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi kena sikit je air. macam ini ke al kisah pelajar pmr? *sedih* kemudian, petang tu semua twit wish goodluck. (twit je sekarang, FB tak main la! :p) semua kata 'hmm takut lah result'. ok debaran yang terasa makin lama makin maximum. hikhik. malam tu pulak rasanya takde siapa seronok seronok. tobak duk bowoh katil belake! tidur pukul 1.30 pagi. takutnyaaaa T.T tawakkal jelah kan. memang formula untuk berjaya ialah Usaha + Doa = Tawakkal. jadi, redha je dengan result yang dapat sebab Allah dah sediakan sebaik baik rancangan untuk kita!

okay tiba lah masanya. pukul 10 pagi. ahhhh pergi sekolah pakai baju kurung warna pink. tengok sebelah kanan nampak member pakai baju kurung warna warni. tengok sebelah kiri nampak member pakai baju kurung sekolah. tengok depan nampak member pakai seluar jeans. tengok belakang nampak member pakai baju sukan sekolah. nampak tak sekolah kami ada semangat 1Malaysia? hahahahahaha. ok bye.

masuk dewan dengar ada yang menjerti, menangis, duka, sedih, gembira. 28/330 mendapat straight As. takut. doa je dalam hati. alhamdulillah murah rezeki saya. Allah perkenankan doa, straight As menjadi milik saya. syukur yang tak terhingga. congrats to Iimam Shafiq jugaa. straight As jugak dia :) alhamdulillah ya Allah. terima kasih bagi yang doakan, yang wish goodluck, yang ucap tahniah. jasamu dikenang. huahuahua :p okay bye Assalamualaikum!

1 comment: